Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

   
| Staf Login |
 
PENGUMUMAN PENTING :

Para Pelanggan Yang Dihormati,
Ini adalah untuk penerangan sahaja dan bukan sebahagian daripada Perjanjian Takaful. Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan Takaful ini sila rujuk kepada Perjanjian Takaful.

________________
01 Sep 2011________________

Penggunaan borang lama dihentikan berkuatkuasa pada 1hb September 2011. Sila dapatkan borang baru (Version 1.1 February 2011) di halaman MUAT TURUN.

________________
01 Nov 2011________________

Sebarang PERUBAHAN/PENUKARAN maklumat, sila maklumkan kepada kami dengan segera untuk proses mengemaskini.

Tutup


Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

..........................................................................................................................................................................................................................................................................
  PENGENALAN
.........................................................................................................................................................................................................................................................................

Masyarakat zaman kini sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk mengekalkan daya saing. Dalam usaha giat untuk mencapai matlamat, seringkali kita kesuntukan masa untuk merancang masa depan dan menyiapkan diri untuk musibah yang bakal menimpa. Dengan Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA, hidup anda terurus bagaikan sudah menyediakan payung sebelum hujan.

Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA telah direalisasikan oleh CUEPACS dan Medicare dengan memberi perlindungan 24 jam dengan bayaran sumbangan yang begitu rendah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat Penjawat Awam.

Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa sehingga RM440,000.

.........................................................................................................................................................................................................................................................................
  UTUSAN PRESIDEN CUEPACS
..........................................................................................................................................................................................................................................................................

CUEPACS kini telah memperkenalkan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS (CUEPACS PA) yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Skim perlindungan ini adalah dengan kerjasama CIMB Aviva Takaful Berhad.

Dalam perjalanan kehidupan kita seharian, seseorang individu itu berkemungkinan akan mendapat kemalangn atau kecederaan semasa atau di luar waktu bertugas. Melalui Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS ini, ianya akan dapat membantu diri sendiri dan keluarga apabila ditimpa kemalangan atau musibah tertentu dari segi meringankan bebanan kewangan.

Memandangkan sumbangan perlindungan ini tidak membebankan,maka saya berharap seluruh Anggota Sektor Awam akan merebut peluang keemasan ini untuk melindungi diri sendiri serta keluarga tersayang.

Yang Ikhlas,

Dato’ Hj Omar Bin Hj. Osman, DBNS, PPN, ANS
Presiden CUEPACS

..........................................................................................................................................................................................................................................................................
Klik sini untuk melihat testimonial dari ahli CuepacsCare

  Ikuti Aktiviti-aktiviti Kami Di Sini.
 
 
 
 
..................................................................................................
 
 
..................................................................................................
 

 

Perhatian : Ini adalah untuk penerangan sahaja dan bukan sebahagian daripada Perjanjian Takaful.
Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan Takaful ini sila rujuk kepada Perjanjian Takaful.
-------------------------------------------------------------------------------------------
@ 2011 MEDICARE ASSISTANCE SDN BHD. Hakcipta Terpelihara.

Halaman Terbaik Dengan